03 October 2009

Motivasi Khas pelajar SPM dan STPM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 1-2 Oktober 2009 SMK Selirik menganjurkan Kem Motivasi Khas bagi pelajar SPM dan STPM. Kem motivasi ini amat istimewa kerana melibatkan pendedahan pelajar kepada pilihan kerjaya masa depan untuk dijadikan matlamat mereka apabila tamat peperiksaan.. Program ini melibatkan kesemua pelajar tingkatan 5 dan 6 SMK Selirik. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa program. Diantaranya ialah sesi ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti kumpulan besar dan riadah.

Pada kali ini peserta amat bertuah kerana didedahkan mengenai kerjaya dalam bidang perubatan oleh rombongan dari Kolej Kesihatan Bersekutu Kuching. Pendedahan yang diberi merangkumi kelayakan memohon, cara memohon, cabang-cabang perkhidmatan kesihatan dan perubatan, diskripsi tugas bagi setiap jawatan, skim perkhidmatan dan skim gaji yang ditawarkan.

Program LDK pula melibatkan aktiviti berkumpulan yang berkaitan dengan sesi ceramah yang diadakan.. Diantaranya ialah aktiviti membina menara gemilang. Tuan Pengetua sendiri yang mengadili menara yang dibina oleh peserta dari aspek ketinggian dan kekukuhan. Setiap aktiviti diisi dengan nyanyian lagu Gemilang sebagai lagu tema kem.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan program ini, semua guru penasihat setiap kumpulan, AJK-AJK pelaksana program dan pelajar-pelajar..

02 October 2009

Program Motivasi Khas

Program Motivasi Khas untuk Tingkatan 5 dan 6 atas sedang berlangsung dgn kerjasama rakan2 guru. Kolej Kesihatan Bersekutu Kuching juga turut menyemarakkan semangat para pelajar agar terus berjaya di masa depan. Lebih lanjut . . .

27 September 2009

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kami warga Selirik yang tidak balik beraya di kampung mengucapkan selamat hari raya buat semua warga selirik, ibu bapa di kampung, sanak saudara dan sahabat handai semua... Minta maaf banyak-banyak la...

Sekian terima kasih
Photo: Bergambar di depan rumah Pn.Azlinda Bt Mohd Nor

22 September 2009

16 September

Sambutan 16 September 2009
Merdekakah minda kita ?
Seronok dan bangga bila melihat warga Selirik, sekali lagi merayakan hari ini dgn penyertaan ramai pelajar termasuk para guru dalam menjayakan hari istimewa ini. Namun, sesekali terlintas juga di fikiran ini bila melihat penglibatan aktif para pelajar dalam arena lakonan, nyanyian koir dll. Alangkah baiknya jika semua pelajar ada kesungguhan sebegini dalam bidang akademik. Buka mempertikaikan mereka tetapi jika keseimbangan JERI dapat dilakukan maka mereka inilah yang akan menjadi kebanggaan keluarga, diri, masyarakat dan negara ini.
Harapan - moga2 anak2 didik dapat terus mengharungi cabaran hidup masing2 dan menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti. Click here for more . . .

18 September 2009

Salam AidilFitri

salam aidilfitri.... Warga Selirik mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua muslimin dan muslimat... semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya..

24 August 2009

Selamat Bercuti

Agak2nya ramai yang dah balik. Nama dah cuti. . . jadi inilah peluang semua warga Selirik berpindah randah ke destinasi masing2. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir. Masa ini memang semua excited pasal nak relax dan lepak2 dgn merehatkan minda dan tinggalkan semuanya, khususnya pelajaran dan kerja2 di sekolah.

Justeru, saya suka untuk mencoretkan disini tentang kisah pertempuran yang akan anak2 didik hadapi dalam masa terdekat ini. Bagi yang memang nak score banyak A, kena belek2 semua nota dan cuba belajar ikut jadual. Walaupun mungkin x serius sangat tapi biarlah rentak itu masih ada agar kembali ke sekolah nanti, tak lah baru nak masuk gear 1.

Kejayaan di tangan anda. Para guru dan warga sekolah yang lain hanyalah peralatan yang telah sedia dipakai sebelum ini namun ia terserah kepada anda jua akhirnya. Segala pengorbanan dan jasa baik para guru dan staf pergunalah dgn sebijak2nya di MEDAN PERTEMPURAN MINDA anda - PMR, SPM dan STPM. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT MAJU JAYA

22 August 2009

Selamat Menjalani Ibadat di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum semua.. SEMOGA IBADAT TAHUN NI LEBIH MANTAP PELBAGAI BERBANDING SEBELUMNYA...

08 August 2009

PROGRAM ANAKKU SAYANG PMR 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....hari ini 080809 satu majlis penyerahan anak angkat telah diadakan di SMK SELIRIK..tema bagi program ini adalah "ANAKKU SAYANG"..program anakku sayang melibatkan pelajar tingkatan 3 yang terpilih berdasarkan prestasi masing-masing dalam ujian yg lepas.

Inilah barisan ibu-bapa angkat yang terpilih bagi mendidik dan membimbing pelajar yang bertuah dapat menyertai program ini.


Kehadiran ibu/bapa/penjaga pelajar adalah amat memberangsangkan. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan keluhan serta dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan ibu-bapa angkat anak masing.Cikgu Effendi memberi kata2 yang memberangsangkan kepada anak-anak angkatnya.


Ibu-bapa angkat juga berpeluang untuk memberi motivasi kepada setiap anak2 angkat mereka..(mmmm ustad ni wakil jer)..jangan bagi ceramah politik dah ler


Melalui pertemuan antara ibu-bapa angkat dan ibu-bapa serta pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Majlis ini juga memberi peluang kepada ibu-bapa angkat untuk menerangkan serba sedikit mengenai pencapaian anak-anak angkat kepada ibu/bapa/penjaga.

Diharap program ini dapat mencapai objektif utama nya..sama2 la kita berdoa agar setiap pelajar(anak didik kita) mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian.Aminnn










31 July 2009

Sepak Takraw Vateran PSKPP Peringkat Srawak ke 29 d SMK Selirik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 30 Julai 2009 berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw (Vateran) PSKPP Sarawak di SMK Selirik. Kejohanan disertai oleh 13 pasukan seluruh bahagian dalam Negeri Sarawak.

Semua pasukan mempamerkan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga di peringkat 4 kumpulan pada 30 Julai. Juara dan Naib juara setiap kumpulan terpilih ke peringkat suku akhir. Pasukan Kuching A, Kuching B, Limbang dan Betong berjaya ke pusigan separuh akhir pada 31 Julai 2009.

Pasukan Kuching B dan Limbang berjaya ke perlawanan akhir setelah masing-masing menewaskan Betong dan Kuching A di peringkat separuh akhir.

Cuaca yang panas tidak menjejaskan kehebatan semua pasukan yang bertanding. Diperingkat akhir, Kuching B telah muncul sebagai juara Sepak Takraw (veteran) apabila menewaskan Limbang. Manakala Kuching A berjaya menewaskan Betong bagi merebut tempat ketiga.



28 July 2009

KEBAKARAN SMK SELIRIK

Assalamualikum dan salamat sejahtera...
Tanggal 28hb julai 2009 SMK Selirik telah dikejutkan dengan satu berita kebakaran yang berlaku ditingkat 3 blok H..ekoran daripada kejadian tersebut 3 orang pelajar telah terperangkap dalam kebakaran, dengan kecekapan pihak Bomba dan Penyelamat Bahagian Kapit pelajar tersebut dapat diselamatkan.

gambar diatas kelihatan pelajar-pelajar Smk selirik sedang berkumpul di dataran Sri Semangat setelah kedengaran loceng kecemasan dari kelas masing-masing.
Inilah antara mangsa-mangsa kebakaran yang diselamatkan oleh pihak bomba dan Penyelamat Kapit dan sedang menerima rawatan daripada anggota PBSM smk Selirik ,semuanya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat-sihat sahaja.
Sebenarnya, ini semua adalah salah satu latihan Kebakaran yang diadakan oleh pihak sekolah untuk memberi kesedaran pengetahuan kepeda pelajar tentang cara-cara menangani masalah apabila berlaku kebakaran di sekolah

Barisan anggota Bomba yang datang untuk menjayakan Latihan Kebakaran di smk Selirik. terima kasih diucapkan kepada Pihak Bomba dan Penyelamat Kapit di atas kerjasama yang di berikan





Ini adalah salah satu cara yang ditunjukkan oleh anggota Bomba bagaimana cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
inilah wajah-wajah pelajar yang melakonkan watak mangsa kebakaran masa latihan kebakaran di SMK selirik...inilah saje yang dapat dicoretkan berkenaan program yang berlaku di SMK Selirik ni, semoga semua pelajar dapat mempelajari sesuatu daripada program yang dijalankan oleh pihak sekolah agar pelajar lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang...Sekian...

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634