Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....hari ini 080809 satu majlis penyerahan anak angkat telah diadakan di SMK SELIRIK..tema bagi program ini adalah "ANAKKU SAYANG"..program anakku sayang melibatkan pelajar tingkatan 3 yang terpilih berdasarkan prestasi masing-masing dalam ujian yg lepas.
Inilah barisan ibu-bapa angkat yang terpilih bagi mendidik dan membimbing pelajar yang bertuah dapat menyertai program ini. Kehadiran ibu/bapa/penjaga pelajar adalah amat memberangsangkan. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan keluhan serta dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan ibu-bapa angkat anak masing.
Cikgu Effendi memberi kata2 yang memberangsangkan kepada anak-anak angkatnya.
Ibu-bapa angkat juga berpeluang untuk memberi motivasi kepada setiap anak2 angkat mereka..(mmmm ustad ni wakil jer)..jangan bagi ceramah politik dah ler
Melalui pertemuan antara ibu-bapa angkat dan ibu-bapa serta pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Majlis ini juga memberi peluang kepada ibu-bapa angkat untuk menerangkan serba sedikit mengenai pencapaian anak-anak angkat kepada ibu/bapa/penjaga.
Diharap program ini dapat mencapai objektif utama nya..sama2 la kita berdoa agar setiap pelajar(anak didik kita) mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian.Aminnn
0 comments:
Post a Comment