31 July 2009

Sepak Takraw Vateran PSKPP Peringkat Srawak ke 29 d SMK Selirik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 30 Julai 2009 berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw (Vateran) PSKPP Sarawak di SMK Selirik. Kejohanan disertai oleh 13 pasukan seluruh bahagian dalam Negeri Sarawak.

Semua pasukan mempamerkan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga di peringkat 4 kumpulan pada 30 Julai. Juara dan Naib juara setiap kumpulan terpilih ke peringkat suku akhir. Pasukan Kuching A, Kuching B, Limbang dan Betong berjaya ke pusigan separuh akhir pada 31 Julai 2009.

Pasukan Kuching B dan Limbang berjaya ke perlawanan akhir setelah masing-masing menewaskan Betong dan Kuching A di peringkat separuh akhir.

Cuaca yang panas tidak menjejaskan kehebatan semua pasukan yang bertanding. Diperingkat akhir, Kuching B telah muncul sebagai juara Sepak Takraw (veteran) apabila menewaskan Limbang. Manakala Kuching A berjaya menewaskan Betong bagi merebut tempat ketiga.



28 July 2009

KEBAKARAN SMK SELIRIK

Assalamualikum dan salamat sejahtera...
Tanggal 28hb julai 2009 SMK Selirik telah dikejutkan dengan satu berita kebakaran yang berlaku ditingkat 3 blok H..ekoran daripada kejadian tersebut 3 orang pelajar telah terperangkap dalam kebakaran, dengan kecekapan pihak Bomba dan Penyelamat Bahagian Kapit pelajar tersebut dapat diselamatkan.

gambar diatas kelihatan pelajar-pelajar Smk selirik sedang berkumpul di dataran Sri Semangat setelah kedengaran loceng kecemasan dari kelas masing-masing.
Inilah antara mangsa-mangsa kebakaran yang diselamatkan oleh pihak bomba dan Penyelamat Kapit dan sedang menerima rawatan daripada anggota PBSM smk Selirik ,semuanya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat-sihat sahaja.
Sebenarnya, ini semua adalah salah satu latihan Kebakaran yang diadakan oleh pihak sekolah untuk memberi kesedaran pengetahuan kepeda pelajar tentang cara-cara menangani masalah apabila berlaku kebakaran di sekolah

Barisan anggota Bomba yang datang untuk menjayakan Latihan Kebakaran di smk Selirik. terima kasih diucapkan kepada Pihak Bomba dan Penyelamat Kapit di atas kerjasama yang di berikan





Ini adalah salah satu cara yang ditunjukkan oleh anggota Bomba bagaimana cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
inilah wajah-wajah pelajar yang melakonkan watak mangsa kebakaran masa latihan kebakaran di SMK selirik...inilah saje yang dapat dicoretkan berkenaan program yang berlaku di SMK Selirik ni, semoga semua pelajar dapat mempelajari sesuatu daripada program yang dijalankan oleh pihak sekolah agar pelajar lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang...Sekian...

24 July 2009

Semalam dan hari ini, Program Pembinaan Insan untuk Ting 6 Rendah dilaksanakan dgn baik sehingga mula memberi kesan (perubahan baik) kepada para pelajar. Prog anjuran Unit Kaunseling ini bertujuan mendedahkan aspek2 kepimpinan, komunikasi, dunia ting 6 dll kpd para pelajar. Dalam 2 hari, prog ini turut dibantu oleh rakan guru - Therence, Faizul, Santi, Adham dan saya sendiri. Selain itu perkongsian pengalaman dan ilmu turut diberikn oleh kakak2 n abang ting 6 atas bagi membuka minda dan sebagai persediaan mereka. Mereka bercerita ttg pointer, gaya pembelajaran, keperluan sekolah dan bagaimana menghadapi cabaran.

Buat adik2 pelajar, sama ada anda intake 1,2 3 semuanya kini sama. Nak berjaya kena belajar lebih. Nak menjadi matang, kena hadapi kehidupan dgn cara yang lebih baik agar kehidupan ini mendewasakan anda, sebab memang anda dah dewasa.

16 July 2009

Pasukan DIkir Barat 2009



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. video semasa sesi latihan dikir barat pada rabu, 15 Julai 2009 jam 9.30pm

11 July 2009

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 10-12 Julai 2009 berlangsungnya Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SNK Selirik di SMK Selirik. Faktor semulajadi kawasan sekitar SMK Selirik membolehkan aktiviti sebegini dijalankan hanya di depan sekolah sahaja. Seramai 215 peserta yang terdiri daripada 7 unit beruniform menyertai perkhemahan ini.


Diantara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebelum memulakan aktiviti pelajar akan berbaris mendengar taklimat daripada guru penasihat.


Semua peserta bergambar kenang-kenangan bersama semua guru penasihat dan tuan Pengetua selepas perasmian penutup Kem.



Persiapan semua kontijen sebelum perbarisan masuk padang bagi membuat lintas hormat di hadapan Tuan Pengetua.


Semasa malam santai seni, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh urusetia.

Dalam program ini, kawe dilantik sebagai AJK sukaneka dan bekerjasama dengan AJK sukan rakyat.. Ini adalah sebahagian AJK pelajar yang menjayakan sukaneka semasa perkhemahan.

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634