28 June 2009

Selamat Tinggal Kapit...


Assalamualikum dan salam sejahtera.. 28 Jun 2009, SMK Selirik kehilangan seorang lagi staf yang berdedikasi heh heh heh tak lain dan tak bukan Mat Yie (Nazri). Beliau dapat bertukar ke Semenanjung, tetapi tak pasti lagi area mana.. harap-harap dapat ditempatkan dekat dengan isteri beliau yang tercinta.

Kami semua skuod warga Selirik mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Mat Yie dan harap beliau jangan la lupa Selirik. Gambar ni diambil pada hari terakhir Mat Yie di Kapit, semasa menaiki ekpress ke Sibu..

21 June 2009

Majlis Penutup Kem Motivasi Khas



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 20 Jun berakhir nya kem motivasi khas. Majlis penangguhan kem motivasi disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Selirik, Pn Azlinda bt Mohd Nor.
Diantara gambar yang telah diambil semasa hari terakhir Kem Motivasi Khas d SMK Selirik. Pn Azlinda menyampaikan ceramah motivasi kepada semua peserta.
Semua peserta khusyuk mendengar ceramah tersebut.


Selepas sesi LDK dan aktiviti yang terakhir, refleksi dilakukan bagi membolehkan pelajar menilai sendiri diri mereka. Pelajar diminta merenung masa depan, merenung apa yang akan berlaku kelak. Apa metlamat yang mereka impikan. Ada peserta yang mengalirkan air mata menandakan kekesalan dalam diri mereka.


Barisan fasilitator pelajar di kalangan tingkatan 6 atas SMK Selirik.



20 June 2009

Motivasi Khas bersama UUM

Pada 18 Jun 2009, SMK Selirik telah menganjurkan program motivasi khas PMR, SPM dan STPM dimana program dimeriahkan lagi dengan rombongan dari UUM.

Sekitar program semasa rombongan UUM mengambil alih aktiviti dan LDK.

Di penghujung program, pelajar UUM bersalam2 bersama pelajar SMK Selirik.

Semasa menyanyikan lagu ucap selamat kepada pelajar UUM.

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634