11 July 2009

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 10-12 Julai 2009 berlangsungnya Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SNK Selirik di SMK Selirik. Faktor semulajadi kawasan sekitar SMK Selirik membolehkan aktiviti sebegini dijalankan hanya di depan sekolah sahaja. Seramai 215 peserta yang terdiri daripada 7 unit beruniform menyertai perkhemahan ini.


Diantara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebelum memulakan aktiviti pelajar akan berbaris mendengar taklimat daripada guru penasihat.


Semua peserta bergambar kenang-kenangan bersama semua guru penasihat dan tuan Pengetua selepas perasmian penutup Kem.



Persiapan semua kontijen sebelum perbarisan masuk padang bagi membuat lintas hormat di hadapan Tuan Pengetua.


Semasa malam santai seni, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh urusetia.

Dalam program ini, kawe dilantik sebagai AJK sukaneka dan bekerjasama dengan AJK sukan rakyat.. Ini adalah sebahagian AJK pelajar yang menjayakan sukaneka semasa perkhemahan.

0 comments:

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634