27 October 2009

Kenali Kapit, Sarawak: Jalan Raya legakan penduduk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam budget 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia ada menyebut menganai pembinaan jalan raya di Kapit. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk bahagian Kapit.

Ketika membentang bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur luar bandar.

Bagi jalan luar bandar kerajaan mensasarkan pembinaan jalan perhubungan sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM857 juta.

Rancangan itu termasuk kemudahan jalan perhubung di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak dan sabahagian daripadanya di Sabah.

Penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dengan 551 kilometer sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh menghubungkan Kapit dengan Bahagian Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 kilometer.

Bahagian Kapit terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia) di sebelah selatan dan timur, satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat,

100 peratus bergantung kepada perhubungan air iaitu Sungai Rajang.

"Kapit juga adalah bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).

"Bahagian Kapit merangkumi tiga daerah pentadbiran iaitu Kapit (15,596 km persegi), Song (3,935 km persegi) dan Belaga (19,403 km persegi); dan dua daerah kecil iaitu Nanga Merit (1,745 km persegi di daerah Kapit) dan Sungai Asap (2,750 km persegi di daerah Belaga)," katanya.

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu (18.7%), Cina (6.7%), Melayu (3.4%) dan Melanau (1.2%).

Ada 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Ini lah kawasan dimana kawe beerkhidmat, menabur bakti pada anak bangsa Malaysia...
(sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 27 Oktober 2009)

0 comments:

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634