Semalam dan hari ini, Program Pembinaan Insan untuk Ting 6 Rendah dilaksanakan dgn baik sehingga mula memberi kesan (perubahan baik) kepada para pelajar. Prog anjuran Unit Kaunseling ini bertujuan mendedahkan aspek2 kepimpinan, komunikasi, dunia ting 6 dll kpd para pelajar. Dalam 2 hari, prog ini turut dibantu oleh rakan guru - Therence, Faizul, Santi, Adham dan saya sendiri. Selain itu perkongsian pengalaman dan ilmu turut diberikn oleh kakak2 n abang ting 6 atas bagi membuka minda dan sebagai persediaan mereka. Mereka bercerita ttg pointer, gaya pembelajaran, keperluan sekolah dan bagaimana menghadapi cabaran.
Buat adik2 pelajar, sama ada anda intake 1,2 3 semuanya kini sama. Nak berjaya kena belajar lebih. Nak menjadi matang, kena hadapi kehidupan dgn cara yang lebih baik agar kehidupan ini mendewasakan anda, sebab memang anda dah dewasa.
Pengumuman & Berita terkini
SELIRIK Gemilang
Blog & Web Guru@Selirik
Labels
- Bahas Piala Ketua Menteri (1)
- berita (1)
- Buli (1)
- Dikir barat Selirik (2)
- Guru SMK Selirik 2011 (1)
- hari guru (2)
- Hari Gawai (1)
- Istilah matematik (1)
- Jiwa Murni 2012 (1)
- Karnival Budaya Seri Asrama Terbilang (1)
- Kelinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis (1)
- Kem pengawas (1)
- Kenali Kapit (2)
- Khemah bersepadu (1)
- motivasi khas (1)
- Motivasi Khas pelajar SPM dan STPM (1)
- olahraga selirik 2012 (1)
- Penutup kem motivasi (1)
- Perkhemahan (1)
- PPPisah doh set kito (1)
- Rumah Belikau (1)
- Salam AidilFitri (1)
- Sarawak. (1)
- selamat berpuasa belaka (1)
- SELAMAT DATANG GURU BARU SMK SELIRIK (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Takraw MSSB Kapit 2012 (1)
- takraw pskpp srwk (1)
- Unit Kaunseling (5)
Kepada Semua Warga Selirik
24 July 2009
Ditulis oleh Sebandi Le 0 comments
Labels: Unit Kaunseling
16 July 2009
Pasukan DIkir Barat 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. video semasa sesi latihan dikir barat pada rabu, 15 Julai 2009 jam 9.30pm
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: Dikir barat Selirik
11 July 2009
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 10-12 Julai 2009 berlangsungnya Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SNK Selirik di SMK Selirik. Faktor semulajadi kawasan sekitar SMK Selirik membolehkan aktiviti sebegini dijalankan hanya di depan sekolah sahaja. Seramai 215 peserta yang terdiri daripada 7 unit beruniform menyertai perkhemahan ini.
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: Khemah bersepadu
28 June 2009
Selamat Tinggal Kapit...
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: PPPisah doh set kito
21 June 2009
Majlis Penutup Kem Motivasi Khas
Diantara gambar yang telah diambil semasa hari terakhir Kem Motivasi Khas d SMK Selirik. Pn Azlinda menyampaikan ceramah motivasi kepada semua peserta.
Semua peserta khusyuk mendengar ceramah tersebut.
Selepas sesi LDK dan aktiviti yang terakhir, refleksi dilakukan bagi membolehkan pelajar menilai sendiri diri mereka. Pelajar diminta merenung masa depan, merenung apa yang akan berlaku kelak. Apa metlamat yang mereka impikan. Ada peserta yang mengalirkan air mata menandakan kekesalan dalam diri mereka.
Barisan fasilitator pelajar di kalangan tingkatan 6 atas SMK Selirik.
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: Penutup kem motivasi
20 June 2009
Motivasi Khas bersama UUM
Pada 18 Jun 2009, SMK Selirik telah menganjurkan program motivasi khas PMR, SPM dan STPM dimana program dimeriahkan lagi dengan rombongan dari UUM.
Sekitar program semasa rombongan UUM mengambil alih aktiviti dan LDK.
Di penghujung program, pelajar UUM bersalam2 bersama pelajar SMK Selirik.
Semasa menyanyikan lagu ucap selamat kepada pelajar UUM.
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: motivasi khas
24 May 2009
22 May 2009
Bahas Piala Ketua Menteri
SMK Selirik dan SMK Song telah melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri peringkat Bahagian Kapit dimana SMK Song sebagai barisan pencadang dan SMK Selirik sebagai barisan pembangkang dengan tajuk Hukuman Merotan Wajar dilaksanakan semula di sekolah bagi memantapkan disiplin pelajar. Kedua-dua pasukan berjaya memberi hujah yang mantap. SMK Song telah berjaya menarik hati juri untuk dinobatkan sebagai Johan pertandingan tersebut dan SMK Selirik hanya berpuas hati mendapat tempat kedua. Johan pertandingan menerima hadiah wang tunai berupa RM500, trofi dan sijil penyertaan, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai RM300, trofi dan sijil penyertaan. Ditulis oleh Muallim Adham 1 comments
Labels: Bahas Piala Ketua Menteri
20 May 2009
Cikgu oh Cikgu
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: hari guru
16 May 2009
Sambutan hari guru 2009
Ditulis oleh Muallim Adham 0 comments
Labels: hari guru
Lencana Sekolah
Warna
Hijau – Melambangkan keharmonian pelbagai suku bangsa yang sentiasa dinamik dan progresif
Kuning - Keagungan dan kecemerlangan SMK Selirik
Merah - Semangat keberanian menyahut cabaran
Lambang
Cangkul – Rajin Berusaha dan Bekerja
Racket – Kecergasan dalam aktiviti kokurikulum
Buku – Menimba Ilmu pengetahuan
Jambatan – Laluan : Jambatan SMK Selirik iaitu Selirik No.1
Titian Kejayaan – Laluan untuk kejayaan hidup.
Visi & Misi
Misi Untuk menjadi sekolah contoh di Bahagian Kapit, warga sekolah akan berusaha :·-
*Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.
*Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
*Memupuk sahsiah, nilai murni dan jiwa seluruh pelajar.
*Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
*Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Pencapaian & Anugerah
- Anugerah Pencapaian Khas Sukan/Kokurikulum Pejabat Pelajaran Gabungan kerana cemerlang kategori Sekolah Menengah dalam Bola Jaring dan Silat serta melahirkan ramai pemain Bola Jaring dan Silat yang telah mewakili MSS Sarawak 2006
- Anugerah Akademik Pejabat Pelajaran Gabungan kerana Peningkatan 5% bagi mata pelajaran KHB 3 – Pertanian dan Sejarah dalam Ujian PMR tahun 2005
- Sijil Usaha Gigih Pejabat Pelajaran Gabungan kerana berjaya melahirkan pelajar yang mendapat 5A dan ke atas dalam PMR 2005
- Sijil Pencapaian Cemerlang SPM Pejabat Pelajaran Gabungan kerana pencapaian 100% bagi 4 mata pelajaran SPM iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Reka Cipta dan Teknologi Maklumat tahun 2005
- Sijil Pencapaian Cemerlang SPM Pejabat Pelajaran Gabungan kerana peningkatan gred purata mata pelajaran bagi 7 mata pelajaran SPM tahun 2005
- Anugerah Akademik Pejabat Pelajaran Gabungan kerana Peningkatan 3 Tahun berturut-turut dalam PMR (2002-2004) mengatasi purata kelulusan peringkat negeri Sarawak dan Kebangsaan dalam mata pelajaran KH Pilihan 2 – 97.2% dan Sains 90.6% Tahun 2004
- Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak kerana telah mencapai prestasi cemerlang dalam Aktiviti Kokurikulum Tahun 2004
- Sijil Penghargaan Pejabat Pelajaran Gabungan kerana Pencapaian 100% dalam (2) mata pelajaran Pendidikan Seni Dan Reka Cipta dalam SPM Tahun 2004
- Sijil Usaha Gigih Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak kerana menunjukkan peningkatan dalam SPM Tahun 2004
- Sijil Usaha Gigih Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2003















