24 May 2009



SELAMAT HARI GAWAI 2009 KEPADA SEMUA WARGA SMK SELIRIK , KAPIT SARAWAK.
"Mabuk, mabuk juak...orang tersayang jangan di lupa!"

22 May 2009

Bahas Piala Ketua Menteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 21-22 May 2009 berlangsungnya Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri bertempat di SMK Selirik. Walaupun penyertaan hanya melibatkan 4 buah sekolah dalam Bahagian Kapit, namun semua peserta menunjukkan saingan yang hebat bagi mengemukakan hujah yang mantap.

SMK Selirik dan SMK Song telah melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri peringkat Bahagian Kapit dimana SMK Song sebagai barisan pencadang dan SMK Selirik sebagai barisan pembangkang dengan tajuk Hukuman Merotan Wajar dilaksanakan semula di sekolah bagi memantapkan disiplin pelajar. Kedua-dua pasukan berjaya memberi hujah yang mantap. SMK Song telah berjaya menarik hati juri untuk dinobatkan sebagai Johan pertandingan tersebut dan SMK Selirik hanya berpuas hati mendapat tempat kedua. Johan pertandingan menerima hadiah wang tunai berupa RM500, trofi dan sijil penyertaan, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai RM300, trofi dan sijil penyertaan.

20 May 2009

Cikgu oh Cikgu


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Barisan guru mantap pelbagai SMK Selirik heh heh heh... barisan belakang koir Kami Guru Malaysia semasa Sambutan hari Guru SMK Sellirik 2009

16 May 2009

Sambutan hari guru 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam perpaduan buat semua... 16 Mei tarikh keramat buat semua yang bergelar guru.. SMK Selirik pada tahun ini berpeluang sekali lagi untuk menyambut perayaan Hari guru di peringkat sekolah. Sambutan diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah..


Diantara gambar pelajar yang membuat persembahan semasa sambutan hari guru tersebut. Tidak ketinggalan barisan guru yang mantap pelbagai diketuai oleh Cikgu Zuki dengan lebih glamour dengan gelaran "Abe Mat Selirik" telah menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan mantap pelbagai sekali hahahahhaha..


Selepas persembahan pelajar... Semua guru dijemput untuk menikmati jamuan ringan di bilik ERT.. Terima kasih la kepada semua guru yang menyediakan juadah makanan yang sememangnya mantap pelbgai.. sehinggakan Ustad mendakwa kurang cukup...

29 April 2009

Latihan dikir barat SMK Selirik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasukan dikir barat SMK Selirik telah pun memulakan latihan pada penghujung Mac 2009. sepanjang latihan, semua pelajar yang terlibat telah menunjukkan komitmen dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mempelajarai dan menguasai seni dikir barat.


Latihan yang diadakan berkisar drill dan latih tubi mengenai teknik menguasai muzik dikir barat, tarian, suara dan nyayian. Semua pelajar begitu komited dan mudah belajar setiap apa yang didedahkan. Namun bagi memastikan kualiti dan mutu persembahan sentiasa dipertingkatkan, latihan yang berterusan akan dilaksanakan sepanjang tahun.

Pasukan dikir barat SMK Selirik akan mengadakan latihan setiap hari Isnin dan Rabu pada jam 9.30pm sehingga 10.30pm di Dewan SMK Selirik.

28 April 2009

Kem Pengawas Peringkat Bahagian Kapit

Sekitar Kem Pengawas yang diadakan di SMK Selirik pada 23-25 April 2009. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang berjaya menganjurkan program sebegini.

Penyertaan daripada sekolah-sekolah menengah dalam bahagian Kapit amat menggalakkan.


Barisan urusetia..

Aktiviti sukaneka di waktu petang yang menyeronokkan..




06 April 2009

Karnival Budaya Seri Asrama Terbilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 3 April 2009 SMK Selirik menjadi tuan rumah kepada pertandingan Karnival Budaya Seri Asrama terbilang peringkat PPG Kapit.


Persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta adalah sangat mantap dan sangat menghiburkan. Semua hadirin begitu terpegun dengan persembahan oleh setiap pasukan.

Program sebegini mendapat sambutan yang begitu hangat. Diantara beberapa gambar foto yang diambil semasa program berlangsung. Semua penonton kelihatan begitu asyik dan terpegun dengan setiap persembahan.



Diantara juri yang menilai dan mengadili persembahan setiap pasukan. Syabas dan tahniah kepada pasukan yang memenangi pertandingan ini.



Tahniah kepada pasukan SMK Selirik yang menjadi johan dalam pertandingan ini. Diharapkan pasukan ini terus berusaha untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi..

29 March 2009

Forum SMK Selirik DILANCARKAN

Salam buat semua warga Selirik & pengunjung setia blog ini.Alhamdulillah dalam dunia internet SMK Selirik melangkah lagi ke depan dengan penubuhan forum untuk semua.Pada hari ini 29 Mac 2009 buat pertama kalinya saya mendedahkan forum pada umum , setelah hampir seminggu saya menyiapkan forum ini.

Forum ini di bangunkan bagi membolehkan pelajar guru & staf SMK Selirik berkomunikasi di alam maya mengikut arus teknologi internet.Disamping itu warga selirik dapat membuat perbincangan dalam forum tersebut untuk merealisasikan lagi sekolah kita sebagai sekolah contoh menjelang 2010.

Walaubagaimana pun, forum ini masih lagi dalam percubaan dan perlu diperbaiki dari sama ke semasa mengikut arus teknologi kini.Jadi saya perlukan sokongan dari anda semua warga selirik untuk mempertingkatkan lagi mutu alam maya kita ini.

Untuk itu saya menjemput anda semua ke forum SMKSelirik http://smkselirik.niceboard.net atau klik di banner yang berada di sebelah kiri dalam raungan berita & pengumuman.

Semoga dengan wujudnya forum kita ini, warga selirik lebih mesra di alam internet & secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara kita.
Sekian......

28 March 2009

Perkhemahan



Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan buat semua.. Pada tahun ini Kapit telah terpilih menjadi tuan rumah dalam Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan beruniform Sekolah Menengah KRS & NGO 2009 peringkat Negeri Sarawak. Aktiviti 'survival' dan 'orientering' berlangsung di SMK Selirik pada 27 Mac 2009.

Gambar menunjukkan sebahagian peserta dari seluruh Negeri Sarawak sedang membuat persediaan sebelum pertandingan bermula..


Sebelum pertandingan bermula, pihak penganjur akan memberi taklimat dan arahan sebagai panduan kepada semua peserta. Aktiviti berlangsung dengan baik dan semua peserta seronok menempuh cabaran yang diberi. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

23 March 2009

AntiBuli

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634