Sg Yong, Kapit Sarawak Program Jiwa Murni (Community service) yang di anjurkan oleh persatuan MAPATES SMK Selirik di Rh Manok Manchal merupakan satu program kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar, guru dan staf SMK Selirik serta kerjasama dari Alumni UiTM Dayak Graduate Association (UDGA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan potensi diri dan memperbaiki tahap disiplin diri serta merangsang minda pelajar dalam membina matlamat dan mencari jalan menuju kejayaan.selain itu juga progran yang di anjurkan ini juga mendedahkan para pelajar dengan cabaran-cabaran kehidupan pada masa sekarang serta secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar-guru-ibubapa dan mencapai sasaran disiplin sifar. Antara aktiviti program yang di lakukan adalah seperti aktiviti gotong - royong membersihkan kawasan Rh Manok Manchal. Selain itu aktiviti menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan Rh Manok Manchal juga dilakukan.Ini bertujuan menerapkan rasa kecintaan para pelajar dan masyarakat akan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan disamping mengindahkan lagi kawasan tersebut.
Peserta program juga terlibat dalam menyediakan juadah makanan tengahari yang melibatkan juadah tradisional masyarakat Iban seperti "pansoh" dan ulam-ulaman. Menurut Cikgu Ahmad Adham Berhaumidin, menu masakan tradisional Iban ini memberi pengalaman baru kepada rakan guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia kerana ianya hanya terdapat di Sarawak. Sungguh tidak disangka bahawa masakan rinkas ayam dan ikan di dalam buluh bercampur ulam-ulaman tempatan meberikan rasa yang sungguh enak pada tengahari tersebut.
Sebelah petang, para pelajar tingkatan 6 SMK Selirik bersama kanak-kanak Rh Manok Manchal terlibat dalam sukaneka sebelum acara BBQ di Sungai Yong.
Pengumuman & Berita terkini
SELIRIK Gemilang
Blog & Web Guru@Selirik
Labels
- Bahas Piala Ketua Menteri (1)
- berita (1)
- Buli (1)
- Dikir barat Selirik (2)
- Guru SMK Selirik 2011 (1)
- hari guru (2)
- Hari Gawai (1)
- Istilah matematik (1)
- Jiwa Murni 2012 (1)
- Karnival Budaya Seri Asrama Terbilang (1)
- Kelinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis (1)
- Kem pengawas (1)
- Kenali Kapit (2)
- Khemah bersepadu (1)
- motivasi khas (1)
- Motivasi Khas pelajar SPM dan STPM (1)
- olahraga selirik 2012 (1)
- Penutup kem motivasi (1)
- Perkhemahan (1)
- PPPisah doh set kito (1)
- Rumah Belikau (1)
- Salam AidilFitri (1)
- Sarawak. (1)
- selamat berpuasa belaka (1)
- SELAMAT DATANG GURU BARU SMK SELIRIK (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Takraw MSSB Kapit 2012 (1)
- takraw pskpp srwk (1)
- Unit Kaunseling (5)
Kepada Semua Warga Selirik
Kepada semua warga SMK Selirik yang ingin menyumbang berita atau sebarang artikel ke dalam blog sekolah bolehlah berbuat demikian dengan menghangtar artikel tersebut kepada admin melalui email di dehewaraspak@yahoo.com
25 February 2012
Program Jiwa Murni 2012
Ditulis oleh Muallim Adham
Labels: Jiwa Murni 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lencana Sekolah
Warna
Hijau – Melambangkan keharmonian pelbagai suku bangsa yang sentiasa dinamik dan progresif
Kuning - Keagungan dan kecemerlangan SMK Selirik
Merah - Semangat keberanian menyahut cabaran
Lambang
Cangkul – Rajin Berusaha dan Bekerja
Racket – Kecergasan dalam aktiviti kokurikulum
Buku – Menimba Ilmu pengetahuan
Jambatan – Laluan : Jambatan SMK Selirik iaitu Selirik No.1
Titian Kejayaan – Laluan untuk kejayaan hidup.
Visi & Misi
Visi
Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik akan menjadi sekolah contoh di Bahagian Kapit menjelang 2010
Misi Untuk menjadi sekolah contoh di Bahagian Kapit, warga sekolah akan berusaha :·-
*Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.
*Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
*Memupuk sahsiah, nilai murni dan jiwa seluruh pelajar.
*Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
*Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Misi Untuk menjadi sekolah contoh di Bahagian Kapit, warga sekolah akan berusaha :·-
*Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.
*Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
*Memupuk sahsiah, nilai murni dan jiwa seluruh pelajar.
*Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
*Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Pencapaian & Anugerah
- Anugerah Pencapaian Khas Sukan/Kokurikulum Pejabat Pelajaran Gabungan kerana cemerlang kategori Sekolah Menengah dalam Bola Jaring dan Silat serta melahirkan ramai pemain Bola Jaring dan Silat yang telah mewakili MSS Sarawak 2006
- Anugerah Akademik Pejabat Pelajaran Gabungan kerana Peningkatan 5% bagi mata pelajaran KHB 3 – Pertanian dan Sejarah dalam Ujian PMR tahun 2005
- Sijil Usaha Gigih Pejabat Pelajaran Gabungan kerana berjaya melahirkan pelajar yang mendapat 5A dan ke atas dalam PMR 2005
- Sijil Pencapaian Cemerlang SPM Pejabat Pelajaran Gabungan kerana pencapaian 100% bagi 4 mata pelajaran SPM iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Reka Cipta dan Teknologi Maklumat tahun 2005
- Sijil Pencapaian Cemerlang SPM Pejabat Pelajaran Gabungan kerana peningkatan gred purata mata pelajaran bagi 7 mata pelajaran SPM tahun 2005
- Anugerah Akademik Pejabat Pelajaran Gabungan kerana Peningkatan 3 Tahun berturut-turut dalam PMR (2002-2004) mengatasi purata kelulusan peringkat negeri Sarawak dan Kebangsaan dalam mata pelajaran KH Pilihan 2 – 97.2% dan Sains 90.6% Tahun 2004
- Sijil Kecemerlangan Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak kerana telah mencapai prestasi cemerlang dalam Aktiviti Kokurikulum Tahun 2004
- Sijil Penghargaan Pejabat Pelajaran Gabungan kerana Pencapaian 100% dalam (2) mata pelajaran Pendidikan Seni Dan Reka Cipta dalam SPM Tahun 2004
- Sijil Usaha Gigih Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak kerana menunjukkan peningkatan dalam SPM Tahun 2004
- Sijil Usaha Gigih Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2003
Pengikut Setia
Rasulullah SAW mendidik sahabat bkn hanya dgn kata-kata, ttp dgn perilaku dan contoh. Sahabat yg seringkali bersama baginda melihat bagaimana hidup baginda sehari-hari. Demikian juga guru sekarang, anak murid dpt melihat hidup gurunya sehari-hari dalam dunia tanpa sempadan hari ini. Justeru, sistem pendidikan skrg, pelajar terdidik terus dengan peribadi gurunya perlu dihidupkan semula seperti dulu..
0 comments:
Post a Comment