29 March 2009

Forum SMK Selirik DILANCARKAN

Salam buat semua warga Selirik & pengunjung setia blog ini.Alhamdulillah dalam dunia internet SMK Selirik melangkah lagi ke depan dengan penubuhan forum untuk semua.Pada hari ini 29 Mac 2009 buat pertama kalinya saya mendedahkan forum pada umum , setelah hampir seminggu saya menyiapkan forum ini.

Forum ini di bangunkan bagi membolehkan pelajar guru & staf SMK Selirik berkomunikasi di alam maya mengikut arus teknologi internet.Disamping itu warga selirik dapat membuat perbincangan dalam forum tersebut untuk merealisasikan lagi sekolah kita sebagai sekolah contoh menjelang 2010.

Walaubagaimana pun, forum ini masih lagi dalam percubaan dan perlu diperbaiki dari sama ke semasa mengikut arus teknologi kini.Jadi saya perlukan sokongan dari anda semua warga selirik untuk mempertingkatkan lagi mutu alam maya kita ini.

Untuk itu saya menjemput anda semua ke forum SMKSelirik http://smkselirik.niceboard.net atau klik di banner yang berada di sebelah kiri dalam raungan berita & pengumuman.

Semoga dengan wujudnya forum kita ini, warga selirik lebih mesra di alam internet & secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara kita.
Sekian......

28 March 2009

Perkhemahan



Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan buat semua.. Pada tahun ini Kapit telah terpilih menjadi tuan rumah dalam Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan beruniform Sekolah Menengah KRS & NGO 2009 peringkat Negeri Sarawak. Aktiviti 'survival' dan 'orientering' berlangsung di SMK Selirik pada 27 Mac 2009.

Gambar menunjukkan sebahagian peserta dari seluruh Negeri Sarawak sedang membuat persediaan sebelum pertandingan bermula..


Sebelum pertandingan bermula, pihak penganjur akan memberi taklimat dan arahan sebagai panduan kepada semua peserta. Aktiviti berlangsung dengan baik dan semua peserta seronok menempuh cabaran yang diberi. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

23 March 2009

AntiBuli

Istilah matematik

Istilah matematik

Aksiom (axiom)
Ketentuan / hakikat (e-Kamus versi 5.01).
Premis asas sebagai tapak bertolak, anggapan-anggapan asas yang boleh diterima secara rasional oleh akal manusia (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 72).
Pernyataan yang diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata dari pengalaman sebagai suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi sesuatu huraian (Kamus Dewan).

Aksiomatis (axiomatic)
Tidak dapat dibantah (e-Kamus versi 5.01).

Konjektur (conjecture)
Pengagak (e-Kamus versi 5.01).
Hads, sesuatu pernyataan yang belum boleh dibuktikan benar atau salah. Untuk menafikan pernyataan ini, kita hanya perlu memberi contoh penyangkal iaitu contoh kontra-positif (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 98).

Korolari (corollary)
Akibat yang pasti, kesimpulan (e-Kamus versi 5.01).

Lema

Postulat (postulate)
Dalil, menggangap sesuatu betul (e-Kamus versi 5.01).

Proposisi (proposition)
Usul (e-Kamus versi 5.01).

Teorem (theorem)
Sesuatu keputusan yang telah dibuktikan benarnya (qadaya). Ahli mantik Islam menggunakannya untuk pernyataan umum, sama ada sudah dibuktikan kebenarannya atau belum (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 43).
Perinsip yang telah dibuktikan secara logis (Kamus Dewan).


Rujukan

Mat Rofa Ismail (1994). Mantik, matematik dan budaya ilmu: Pendekatan bersepadu dalam tradisi pengajian Islam. Lembah Pantai, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kamus Dewan edisi baru (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634